pusat komuniti DUN pengkalan rinting

pusat komuniti DUN pengkalan rinting

Wednesday, March 6, 2019

KERTAS CADANGAN TASK FORCE KSAB


PIHAK KAMI MENGHARGAI MAKLUM BALAS ANDA DAN ANDA BOLEH MEMBERI MAKLUM BALAS ANDA DI https://goo.gl/forms/4tHSQC8Pqa857Cnv2:



















 PIHAK KAMI MENGHARGAI MAKLUM BALAS ANDA DAN ANDA BOLEH MEMBERI MAKLUM BALAS ANDA DI https://goo.gl/forms/4tHSQC8Pqa857Cnv2:




Monday, December 2, 2013

Ucapan perbahasan sempena dengan Budjet Negeri Johor Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri ke-13 oleh YB Cheo Yee How, ADUN Pengkalan Rinting pada 11 November 2013

Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Speaker kerana diberi peluang untuk berbahas berkenaan Bajet Negeri Johor 2013.

Pertama sekali, Syabas kepada YB Menteri Besar kerana memberikan ucapan bajet yang sempat lagi mengikuti zaman, di mana banyak cadangan atau konsep potitik moden  diterapkan dalam ucapan bajet seperti konsep mesra alam sekitar, konsep pembangunan lestari, teknologi hijau, dan paling menarik ialah perihal membina laluan khas basikal di Negeri Johor yang merupakan trend terkini dalam salah satu dari ciri-ciri menjadi sebuah bandaraya moden yang bertamadun lagi mesra alam.

Yang Berhormat Datuk Speaker,

Pembangunan yang bercanggah.

Antara yang menarik perhatian dan ingin saya bincangkan adalah dua fokus pembangunan ekonomi yang bercanggah antara satu sama lain dalam mencorak  ekonomi yang mampat, iaitu fokus pembangunan industri minyak dan gas, dengan fokus merancak industri pelancongan.

Industri minyak dan gas merupakan industri yang paling tidak mesra alam sekitar, dan pembangunan infrastrutur berkaitan dengan industri minyak dan gas ini yang melibatkan penambakan laut, memusnahan kawasan-kawasan paya bakau di sekitar Pengerang, Tanjung Bin dan Tanjung langsat telah langsung menukar landskap kawasan sekitarnya, dan telah mencerobohkan habitat bagi flora dan fauna baik di paya bakau ataupun di dalam laut sendiri.

Contohnya di Pengerang, habitat udang gala iaitu keistimewahan pengerang sudahpun musnah dan penangkapan udang gala tersebut berkurang secara mendadak, situsi yang sama berlaku di sekitar Sungai Pulai, Sungai Dangga, Sungai Skudai, Sungai Johor, disebabkan oleh penambakan laut serta pemusnahan kawasan paya bakau iaitu habitat kepada Ketam Bangkang, ketam bunga ,beberapa jenis ikan juga ikan tamban serta beberapa jenis kerang-kerangan laut seperti lokan,kupang,kijeng,remis, dan pelbagai lagi hidupan laut di sekitar paya bakau tersebut.



Impak yang terus adalah kepada nelayan-nelayan, di mana mata pencarian mereka terus merosot dengan mendadak, dengan kekurangan mendadak hasil-hasil laut ini. Seperti apa yang berlaku kepada Orang asli selatar yang merupakan nelayan-nelayan laut paya bakau yang mahir sejak turun-menurun lagi. Orang-orang asli selatar ini mengalami kemerosotan hasil tangkapan, selepas musnahnya hutan paya bakau, terutamanya di Sungai-sungai yang saya sebut tadi.

Dengan kemerosotan sumber rezeki dari laut, maka cara hidup orang asli selatar ini kemungkinan besar akan terpaksa menukar cara hidup mereka yang diamalkan ini yang semuanya kait rapat dengan hutan paya bakau, dari lahir hinggalah mati, tanpa paya bakau, maka tanpa budaya orang asli selatar, ini secara langsung merupakan salah satu cultural genocide, pemansuhan budaya kepada budaya unik orang asli selatar ini.

Budaya orang selatar ini adalah unik dan istimewah, sehinggalah boleh menjadi salah satu penarikan pelancong, jika diberi perhatian dan pembangunan yang sewajarnya, sebagai contoh di Kampung Sungai Temon yang sedia ada dengan restarant makanan laut orang asli sehingga kini menjadi tarikan orang ramai untuk menikmati makanan laut yang segar.

Dengan adanya hasil laut seperti ketam bangkang ataupun ketam nipah, yang merupakan hasil tangkapan istimewah dari paya bakau sebenarnya cukup menjadikan salah satu produk istimewah bagi kampung nelayan tertentu, dan ini juga memadai apa yang disasarkan dalam program 1 daerah 1 industri, dimana telah mencipta identiti sesebuah daerah melalui satu atau dua produk/perkhidmatan yang mempunyai nilai ekonomi serta boleh berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.    

Di sinilah yang saya maksudkan pencanggahan dua jenis pembanguanan di mana industri minyak dan gas merupakan industri yang pemusnah alam semula jadi telah menjejas industri pelancongaan yang dinamakan industri tanpa asap, yang cuma perlukan publisiti, pengurusan lebih terancang terhadap hal-hal istimewah, industri istimewah, budaya istimewah yang sedia ada di kalangan penduduk tempatan dan jadikannya produk/perkhidmatan yang mempunyai nilai ekonomi.

Yang Berhormat Datuk Speaker,

Saya juga ingin sentuh sedikit berkenaan dengan kawasan hutan paya bakau bawah Convention on wetlands of international important, Ramsar yang merupakan salah satu ataupun bakal tarikan pelancong.




Setahu saya, negeri johor mempunyai tiga tapak ramsar, iaitu bernombor tapak Ramsar 1287 pulau kukup, 1288 tanjung piai, 1289 Sungai pulai, dan tujuan pengiktirafan ramsar adalah membuat perlindungan terhadap paya bakau yang sekian lama menjadi pelindung sisi pantai dan juga flood control pengawal banjir.

Saya mengenali Tanjong piai ini kerana disinilah kita boleh menyaksikan kelip-kelip sepajang paya bakau, akan tetapi kebelakangan ini kelip-kelip ini sudahpun sukar dilihat hasil pembinaan jalanraya dan lampu jalan dalam taman negara sendiri. Selain itu, hakisan-hakisan tepi pantai dalam taman negara tersebut hasil pemusnahanan pokok bakau telah menjadikan Tanjong piai merupakan paling selatan benua asia satu persoalan. Jadi saya syorkan bahawa apabila kita membangunkan sesuatu tempat pelancongan, kita perlu menjaga keistimewahannya agar ia betul-betul boleh menarik perhatian pelancong.  

Baru-baru ini, dengan iringan nelayan dari kampung simpang arang, saya mendapati ada kawasan paya bakau yang telahpun dimusnahkan atau ditampak di sekitar  hulu Sungai Pulai, yang menyebabkan hasil tangkapan terjejas, saya berharap ada pantauan atau tindakan yang kenaan dilakuan.

Sebenarnya apa yang lebih menjadi sindiran ialah Tanjung Bin terletak dalam kawasan RAMSAR, yang sepatutnya menjadi kawasan hutan simpanan paya bakau, dan kawasan hutan tersebut telahpun musnah dan menjadi tempat pembangunan Minyak dan gas, lebih menyindirkan lagi adalah Tanjung Bin terletaknya penjana elektrik arang batu yang merupakan jenis penjana elektrik yang menghasilkan'carbon footprint' yang paling tingggi dalam semua jenis penjana elektrik, dibina dalam kawasan hutan simpanan pemuliharaan paya bakau, dan ini merupakan satu penghinaan terhadap Ramsar sendiri.

Yang Berhormat Datuk Speaker,

Kegagalan dalam Pelaksanan pemantauan

Memang sedap kita mendengar apabila merancangan pelbagai rancangan untuk pengurusan alam sekitar yang lestari, akan tetapi masih banyak aduan atau masalah alam sekitar yang remeh temeh yang masih menghalang kita terus maju kehadapan.

Antara apa yang saya maksudkan ialah kebersihan alam sekitar kita masih tercabar dengan sampah-sarap masih berteraburan terutamanya sampah pukal, di tanah-tanah lapang macam di dalam kawasan pengkalan rinting, masalah ini sering berlaku di taman selesa jaya, taman sri yaccob , taman nusa bestari 2, dan taman jaya mas.



Selain itu, pembakaran secara terbuka masih lagi menjadi isu yang masih merunsingkan lagi, kawasan sekitar taman perling, taman baiduri. Barang kali pembakaran sebergini berlaku selepas waktu pejabat iaitu pada waktu malam ataupun tengah malam

pengkalan rinting berharap pihak yang berkenaan boleh membuat pematauan yang lebih kerap dan penguatkuasa yang lebih keket untuk menyelesaikan masalah alam sekitar yang disebutkan di atas.

Yang berhormat Datuk Speaker


Memang perubahan cuaca, pemanasan global salah satu sebab benjana alam seperti banjir kilat kini sering berlaku, akan tetapi dengan ketiadaaan pengawal banjir yang semula jadi seperti di paya bakau Sepanjang Sungai Skudai, tambahan pula dengan sistem saliran dan perairan yang tidak sempurna telah menyebabkan banjir kilat berlaku di Sekitar Jalan kolam ayer, dan di jalan silat cekak, taman selesa jaya, setiap kali hujan lebat. Kalau macam di sekitar jalan kolam ayer, bersebelahan dengan Sg Chat, sitasi lebih teruk apabila air laut lido pasang tambahan dengan hujan lebat, banjir kilat mesti berlaku.